BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 18, 2011

I suka, Uols suka??

Bismillahhirrahmanirrahhim..
Assalammualaikum
Weh, lama gila tak tulis blog ni.kadang-kadang ada jugak ni niat kat hati nak berblog balik..tapi, malas gila nak menaip..terpaksa memaksa diri tau.kadang-kadang semangat gila nak tulis blog..kadang-kadang nak bukak blog pon malas. Kadang-kadang I bukak jugak sebab tengok je entry-entry yang bloggers lain update. Tapi sekarang ni I rasa macam nak aktif balik berblog. I rindu tau kat korang.. kasi flying kiss sket.. mmuaahhh..

I sekarang ni suka bangat tengok crita korea uols. Sampai laki I skali I tarik die tengok crita korea..haha..baru dia tau crita korea ni best..paling I suka sebab hero-hero crita korea ni hensem-hensem..sampai kadang-kadang laki I pon marah sebab tengok crita korea sebab ada lelaki hensem..huhu..tapi, I memang minat jalan crita dia sebenarnya. Crita dia tak melalut n sangat klakar. Kalo tengok ni sure korang tak berganjak mane dah..ntah2, mandi pon taknak..hahaha (I tak macam tu ok..heeeee)

Antara drama yang buat I melekat kat laptop:


Princess Hours

Drama ni citer pasal die kena kawen dengan putera raja. Dierang ni kawen dalam usia yang muda tau. Tapi, putera raja tu dah ada girlfren dah. Pastu, heroin ni terpaksa duduk dalam istana dan belajar cara-cara nak menjadi seorang puteri. Yang lebih uols tengok sendri.



Boys Over Flower

Drama korea ni buat I tidur lambat tengah-tengah malam, esoknya mata I jadi panda bila nak pegi sekolah. Bila korang tengok drama ni, korang akan melekat tak pegi mana-mana dah.hahahaha.. sampai mak I pon ada sindrom yang sama dengan I bila tengok drama korea ni..haha.. Hero korea yang I suka di abad ini.. I love U LEE MIN HO!!

Personal Taste

Personal taste ni awal-awal crita dia biase-biase je..tapi bila dah tengah2 sket baru ok.. I kan minat lee min ho..mesti I tengok crite ni (^_^)V


Full House
Sewaktu I zaman universiti, crita ni banyak jadi perbualan mulut orang. Lagu 3 bears yang jadi kegemaran orang ramai sampai ada yang buat ringtone..haha..crita ni memang I recommend sangat2 sebab ada heroin yang comel sangat dalam crita ni. Tak rugi tengok crita ni sebab jalan crita dia sangat best. Boleh tengok kat youtube sebab ada full episode


My Girl
Crite my girl ni I rasa crita yang paling kelakar yang penah I tengok..Tak caye tanya husband I..huhu..dia pon melekat je bila tengok crita ni sebab heroin dia perangai gila-gila yang buat orang ketawa tak henti-henti..


My princess

Sekarang I tengah layan crita ni kat tv8. Crite pasal puteri raja yang hilang waktu dulu. I rase crite ni best jugak. Taktau lagi ending die macam mane.


Bila tengok crita kat atas ni, rase macam nak pegi melancong dekat korea je. Tempat-tempat yang dierang shooting nampak macam cantik2 =)