BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 2, 2012

Mengidam lepas bersalin??

Assalammualaikum..Mula-mula tengok orang duk post dekat facebook macam best  je..Bila tengok, kek ke bende ni..Nampak menarik..Sangat teringin ok..pastu order kat member sekolah rendah, Nor Hana..bila makan yang dia buat, sedap gak benda ni..nak tau benda ape? I taktau nak kategorikan dia benda apa..kek ke, kuih ke..huhu..tapi benda ni sejenis dessert..ni ha benda tu..



Nama dia pavlova..yang ni order kat member  I  tu..tak murah pavlova ni…tapi disebabkan teringin order la 10 je sebab nak rasa..yang ni jenis extra small.. rasa dia macam marshmallow dekat bawah..pastu gabung dengan krim dengan buah masam-masam memang terangkat la..hehe..lepas makan pavlova ni terus search dalam internet resepi dia..terus ajak husband pegi cari bahan-bahan kat tesco..Cuma whipping cream je terpaksa pegi kedai kek..

Setelah cari kat encik google, dapat resepi dia macam ni..

Resepi Pavlova.

Bahan-bahan (bahagian bawah) :

4 biji putih telur (jangan masukkan dalam peti sejuk)
1 cawan gula kastor ( kurangkan lagi gula lagi bagus)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung

*Hiasan :

1 cawan (250 ml )whipping cream (guna jenama rich ya..I terguna jenama anchor agak keras disitu, lepas ni boleh baiki)
Buah yang masam seperti strawberry, kiwi, sankis atau anggur hitam

I guna dua jenis buah ni je..Strawberry dengan kiwi..Mahal beb buah jenis ni..Langkah penjimatan kos..hehe

Cara-cara:

1. Pukul putih telur dengan kelajuan sederhana sehingga naik.
2.  Masukkan sedikit demi sedikit gula dan gunakan kelajuan yang paling tinggi sehingga jadi meringue. (Bila telangkup ke bawah dia takkan jatuh)
3.Masukkan esen vanilla+cuka masakan+tepung jagung.Guna sudip sahaja untuk kacau adunan.Kacau jangan ganas-ganas sangat.Kasi macam sebati je.


4.Tuang adunan atas kertas minyak. Sedia dibakar di dalam oven..Guna suhu 150C setelah 15minit turunkan ke 140C. Bakar dalam 1jam. Biar sejuk dalam oven ye. Renggangkan sedikit oven untuk sejukkan adunan..


5.Setelah sejuk hias dengan whipping cream yang di putar dan buah-buahan tadi.




Tadaaaa..dah siap!


p/s:Buat dikala anak tengah tido..