BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 2, 2012

Mengidam lepas bersalin??

Assalammualaikum..Mula-mula tengok orang duk post dekat facebook macam best  je..Bila tengok, kek ke bende ni..Nampak menarik..Sangat teringin ok..pastu order kat member sekolah rendah, Nor Hana..bila makan yang dia buat, sedap gak benda ni..nak tau benda ape? I taktau nak kategorikan dia benda apa..kek ke, kuih ke..huhu..tapi benda ni sejenis dessert..ni ha benda tu..



Nama dia pavlova..yang ni order kat member  I  tu..tak murah pavlova ni…tapi disebabkan teringin order la 10 je sebab nak rasa..yang ni jenis extra small.. rasa dia macam marshmallow dekat bawah..pastu gabung dengan krim dengan buah masam-masam memang terangkat la..hehe..lepas makan pavlova ni terus search dalam internet resepi dia..terus ajak husband pegi cari bahan-bahan kat tesco..Cuma whipping cream je terpaksa pegi kedai kek..

Setelah cari kat encik google, dapat resepi dia macam ni..

Resepi Pavlova.

Bahan-bahan (bahagian bawah) :

4 biji putih telur (jangan masukkan dalam peti sejuk)
1 cawan gula kastor ( kurangkan lagi gula lagi bagus)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung

*Hiasan :

1 cawan (250 ml )whipping cream (guna jenama rich ya..I terguna jenama anchor agak keras disitu, lepas ni boleh baiki)
Buah yang masam seperti strawberry, kiwi, sankis atau anggur hitam

I guna dua jenis buah ni je..Strawberry dengan kiwi..Mahal beb buah jenis ni..Langkah penjimatan kos..hehe

Cara-cara:

1. Pukul putih telur dengan kelajuan sederhana sehingga naik.
2.  Masukkan sedikit demi sedikit gula dan gunakan kelajuan yang paling tinggi sehingga jadi meringue. (Bila telangkup ke bawah dia takkan jatuh)
3.Masukkan esen vanilla+cuka masakan+tepung jagung.Guna sudip sahaja untuk kacau adunan.Kacau jangan ganas-ganas sangat.Kasi macam sebati je.


4.Tuang adunan atas kertas minyak. Sedia dibakar di dalam oven..Guna suhu 150C setelah 15minit turunkan ke 140C. Bakar dalam 1jam. Biar sejuk dalam oven ye. Renggangkan sedikit oven untuk sejukkan adunan..


5.Setelah sejuk hias dengan whipping cream yang di putar dan buah-buahan tadi.




Tadaaaa..dah siap!


p/s:Buat dikala anak tengah tido..

Monday, June 25, 2012

Aniq 2 bulan + Stok ebm

Assalammualaikum


Semalam bawak Aniq pegi inject 2 bulan..sekejap dah 2bulan anak mama. Sangat behave je anak mama ni. Time cucuk tu dia tido. Mengantuk sangat agaknya. Time inject tu tak nangis langsung pon. I ingat dia nak nangis dah sebab dia tido kan. Takot gak dia terkejut kena jarum time tido tu..Rupanya dia boleh rilex je.. Bunyi "ekk" macam marah pastu tido buat rilex je..huhuhu..Nurse cakap injection ni maybe akan demam. Depands on baby.. Harap-harap anak I kuat tak demam. I balik tuam tempat inject tu pastu I trus breastfeed anak I..Malam I kasi ubat yang klinik kasi tu.. So far, tengok dia macam ok je..Semalam timbang berat dia nurse kate graf cantik je..duduk dekat tengah-tengah.. berat Aniq dah 5.4kg ..Anak mama makin bam-bam.Hehe..Mama dukung lama-lama dah rasa mengah..



Hasil daripada minum susu mama dia.Alhamdulillah...Buat masa masih lagi fully breastfeed..Sapa kata breastfeed ni senang.. Susu ibu ni senang hadam. Anak pun kejap-kejap lapar..Kejap-kejap nak susu..Kadang-kadang stress juga sebab anak duk bergayut je ngan kita.Susu kadang-kadang banyak..Kadang-kadang sikit..Orang yang tak pernah menyusu anak dia, dia takkan faham dengan keadaan  kita yang fully breastfeed ni..Sebab tu kadang-kadang bila anak I menyusu guna botol, I jadi stress jugak bila orang senang je nak buang susu yang lebih tu.Taknak habiskan sebab kata anak I dah tolak. Anak I boleh je habiskan..Sebab bukan senang nak dapat susu tu. Hanya orang yang penah pump saja yang tahu..nak dapat 1oz pun bukannya senang. T_T.. I sekarang ni tengah gigih buat stok untuk anak I..

Di sini susu Aniq disimpan. Mula-mula takde niat nak beli deep freezer ni.. Disebabkan satu hari tu husband I ada kasi susu kat Aniq..Susu Aniq I simpan dalam peti ais  mak I yang bercampur ikan memandangkan I memang stay ngan mak I..Tiba-tiba husband I tercium bau "ikan" kat susu tu masa nak panaskan ebm.. I pon kesian tengok anak I macam pelik bila minum susu tu.Dia macam nak bagitau susu tu rasa pelik tapi dia telan jugak..Jadi masa dalam pantang jugak, I pegi beli deep freezer ni dengan husband I.

Stok Aniq masa 2bulan..  Ini bukan nak berbangga atau apa..Stok ini takdalah semeriah macam orang lain. I hanya nak berkongsi dengan uols yang support breastfeeding ni.. Stok buat masa sekarang..I simpan semua 3oz dalam satu storage bottles sebab senang mak I nak panaskan ebm nanti. Simpan dalam kuantiti anak I nak minum je..I start simpan stok dah tengah bulan Mei

Tingkat bawah tu stok hasil daripada mengepam pada bulan Mei.

18 botol x 3oz = 64oz


Tingkat atas stok mengepam bulan June


3botol x 3oz = 9oz
26 storage bag x 3oz = 78 oz
Bulan june 9oz + 78oz = 87oz


Total Mei+Jun = 151oz
I masih lagi berusaha nak kumpulan stok ebm. I ada lebey kurang sebulan lagi nak masuk keje. Harap-harap dapat kumpul banyak lagi. Sebab masuk keje dah bulan puasa. I takot susu anak I tak cukup.. Dalam deep freezer ni, dapat la tampung untuk anak I minum.Sekarang dia dah minum makin banyak. Doakan I dapat breastfeed anak I sampai 2tahun.. InsyaAllah..


Pam yang amat berjasa. Nanti I buat review pasal pump ni =)

Sunday, June 10, 2012

Breastfeeding


Assalammualaikum..I dah lepas pantang dah..Sekarang anak I pon dah nak masuk 2 bulan lagi sepuluh hari...Sekarang tengah usaha nak kumpulkan ebm sebelum masuk kerja..I dah start pump ebm dari hari ke 4 lepas anak I lahir. I terpaksa pump susu awal sebab anak I kena jaundice. Mula jaundice dia takda lah tinggi sangat dalam 10.4 je. Tapi makin hari makin naik smpai 14.8..Nurse cakap kalau naik sampai 15 memang kena refer hospital..Disebabkan jaundice tu anak I asyik tido je. Jarang skali dia nak minum susu . Kalo minum pon asyik tertido je. Jaundice ni boleh buat baby rasa letih..

tengok asyik nak tdo je



Jaundice ni kalo nak buang mesti melalui najis. Kalo anak kita jarang "membuang" jadi jaundice makin hari makin naik. So, terpaksa la bagi anak I susu ebm melalui botol. Bile isap susu melalui botol cepat je dia habiskan susu tu. Tapi mujur anak I takde masalah confuse puting. Isap susu melalui botol ke, direct feeding ke, takde masalah..Dia dah memang biasa dah. (bagus anak mama ni tak cerewet). Masa awal-awal pump, I try guna yang manual medela y I beli..Hasil pump ok la..sekali pump dapat la dalam 3oz dua-dua belah. Paling banyak I dapat guna manual ni 4oz.Mula-mula I try manual dulu sebab takot sakit masa pump.So, nak biasakan dengan pump manual. Tapi, I pikir macam lambat gak la guna pump manual ni, I guna pump elektrik..Memang cepat sebab tak perlu press pakai tangan. Mudahkan keje I dengan jimatkan masa.

 Masa dalam pantang awal-awal dulu sangat meriah susu. Paling banyak I dapat 10oz skali pump. Ade sekali penah drop susu I. agak risau gak. Sebab paling sikit I pump mesti dapat 3oz. So, I pon banyak baca cara-cara nak menambahkan susu. Ade tanya dari KIM (kumpulan ibu menyusu) kat facebook. Alhamdulillah, hasil makin bertambah. Boleh la dapat dalam 4oz - 7oz skali pump.



 Walaupon takda la meriah macam oarang lain, masih boleh menampung susu untuk anak I sekarang ni. I belum penah campur susu lagi. I harap dapat la menyusu anak I sampai 2tahun (insyaAllah)


bam-bam mama






Wednesday, May 9, 2012

entry beremosi

Assalammualaikum..
hari ni dah genap 20hari berpantang..Sekarang ni tengah biasakan diri ade baby..mula-mula agak kekok sikit nak tukarkan lampin ngn fully breastfeedkan baby..sekarang dah makin ok..keadaan diri sendiri pon dah makin ok..cuma tengah blajar nak biasakan diri dengan keadaan sekarang..malam-malam baby akan berjaga mintak susu atau tukarkan lampin..masa dah jadi rutin sekarang..kul 12malam - 1pagi, kul 3 pagi pastu kul 5pagi..mata mama pon dah jadi panda..untuk kamu anak, mama gagahkan diri juga walaupon kadang-kadang kamu menguji mama..walaupon mama tak cukup tidur, tak cukup rehat..tapi mama buat juga untuk kamu..mama nak yang terbaik untuk kamu...mama tak kisah wang ringgit dikeluarkan untuk kamu..janji kamu dapat yang terbaik..semoga besar nanti kamu jadi anak yang baik, mendengar kata dan patuh perintah Allah..moga Allah memberi kekuatan untuk mama untuk besarkan kamu jadi yang terbaik..Aminnn

Friday, April 27, 2012

selamat sudah



Assalammualaikum...dah berapa lama menyepi..yang sebenarnya dah selamat bersalin baby boy disaat mengandung 37minggu 2 hari.. nanti update lain.sekarang sangat tak sempat..nak update blog pon tak sempat..bye!!

Friday, April 6, 2012

set bersalin


Assalammualaikum...
Sekarang dah 35minggu..hari ni nak cerita pasal set bersalin yang I beli..awal-awal dulu, I tak tau nak pakai set bersalin yang mana satu..sebab memang takde pengalaman langsung pasal set bersalin ni..mula-mula, ingat nak beli keluaran lessa formula sebab dia agak lengkap la..tapi bila search dalam internet ramai yang suggest guna Nona Roguy..actually, mak I tak brapa nak galakkan makan jamu ni..sebab takot anak kuning atau kita sendiri yang susah nak pegi ke tandas..tapi, I rasa tak lengkap plak bersalin amal cara tradisional punya...so, bila I baca dari internet ramai yang guna NR masa berpantang..kalo ade kesan kat baby, boleh kurangkan pil yang nak ambik..produk ni bagus untuk pengeluaran susu badan..so, I pon beli la set NR punya..ramai yang kata paling bagus minyak herbanika dengan pil phytonatal(boleh cepatkan kita ke tandas,heee)..kalo dah habes boleh la continue dengan 2 benda ni..I pon cadang nak ambik vitamin gak masa pantang nanti..ni la benda yang I dah sedia untuk bersalin nanti..




1. Set bersalin Nona Roguy
2. Herbal Balm NR (sebagai pilis)
3. Virgin coconut oil
4.Mandian Herba Bersalin
5. Herba Rendaman Kaki





Dalam set bersalin NR ni..dia dah ade set lengkap untuk 44hari..antara yang include dalam kotak tu..

1) PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan

* Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan

* Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain
dan angin

* Mengimbangi kembali sistem badan.

* Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan


2) Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum

* Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang
degil dan juga mengawal bau badan.

* Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.

* Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan


3) Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan

* Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot

* Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi

* Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang
kendur.

* Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan
pecah-pecah berjalur.

* Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan


4) Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang

* Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang

* Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan,
parut dan jalur pecahan pada perut.

* Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.


5) Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita

* Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka
bekas jahitan.

* Sesuai untuk mandi sitz, hydroterapi dan compress.


6) Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit

* Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism,
arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau

* Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan

* Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik

* Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat saraf serta
urat timbul.

* Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam,
kulit kasar dan berjerawat

semua sumber di atas dapat daripada ehsan google

Dan yang last herbal balm NR (guna sebagai pilis)
*untuk balm ni, I guna sebagai pilis..sebab dia berangin..bau dia best je..bau herba..I jenis malas nak bancuh-bancuh pilis ni..so, boleh trus sapu je..

*bengkung I guna lessa formula sebab dah beli dari zaman anak dara lagi..heee

Pasni, nak cari vitamin plak..rasa-rasa macam nak try shaklee..sebab bagus untuk menyusu badan..



Thursday, March 29, 2012

Preparation menjayakan breastfeeding

Assalammualaikum..sudah lama mau update pasal entry ni..tapi banyak kali dah duk bertangguh je..I nak cerita pasal preparation I untuk menjayakan breastfeeding selama 2tahun (insyaAllah)..walaupon belum mula, tapi angan-angan dah ada..tapi angan-angan saja tanpa usaha tak berjaya jugak..yang sebenarnya, ada je orang berjaya tanpa bantuan gadget-gadget yang ada kat pasaran sekarang..macam I tengok mak sedara I. Sampai anak die 4tahun still menyusu dengan die!!..tapi mungkin sebab dia tak berkeje dan senang duduk ngan anak 24jam.so, senang nak menyusu anak die secara direct je..Macam dengan I, terpaksa buat stok untuk mengelak kekurangan susu or waktu emergency nanti..I harap dapat menyusu anak I sampai 2tahun..I harap rezeki anak I melimpah ruah..aminnn..kita boleh saja memudahkan kerja kita dengan memberi anak kita susu formula..tapi sedangkan dalam al-quran pon ada menyebut:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". Luqman 14

*Sumber daripada google


Anak kita berhak dapat yang terbaik. Dan kita sendiri mesti memberi yang terbaik untuk anak kita. Susu formula susah terbukti tidak setanding dengan susu ibu..pekakkan telinga jika ada orang yang tak menyokong kamu dalam usaha dalam memberikan yang terbaik untuk anak kamu..kalo kamu di tempat yang benar dan betul-betul bersungguh, InsyaAllah, Allah akan menolong hambanya.. I sepanjang dalam tempoh mengandung ni tidak terpikir pon dari awal nak bagi susu sendiri..tapi bila I dah masuk 2nd trimester, I banyak baca melalui blog pasal breasfeeding ni.. Bila I baca, I jadi macam bersemangat nak breastfeed anak sendiri..tambah pulak bila tengok mommy kat luar sana yang bersemangat betul buat stok untuk anak dierang, I jadi kagum..tambahan plak anak yang menyusu dengan mommy dia sendiri lebih sihat dan bijak dan kurang berpenyakit..Yang ni list yang I buat untuk breastfeed anak I..


Feeding
1 Botol saiz S (2 botol) avent newborn starter set
2 Puting Botol Susu (2 pieces) avent newborn starter set
3 Bottle Sterilizer little bean combo set
4 Bottle Warmer little bean combo set
5 Berus Pembersih Botol dah ada 2 (avent+pureen)
6 Penyepit Botol little bean combo set
7 Sterilising Tablet
8 Nipple Cream
9 Nursing Pad Washable (2 pairs)jenama fiffy 2 pairs
10 Nursing Pad Disposal (2 kotak)anakku+tollyjoy
11 Breast Pump beli medela harmony+spectra 3 double pumping
12 Cooler Bag (set medela city bag)
13 Breast Milk Storage Bottle dah ada bumble bee+MLO (nak tambah lagi 2 set bumble bee)
14 Nursing Pillow baby love
15 Nursing Bra baru ada 2helai
16 Termos dah ada 2
17 Buku Panduan Menyusu
18 Dyring Rack anakku

Alhamdulillah, sudah lengkap hampir 90%..I cuma nak tambah beli storage bottles dengan nursing bra..nipple cream maybe I beli mase pantang nanti... Sterilising tablet maybe taknak beli kot sebab ade baca orang cakap bau dia tak best bila guna..ada bau macam klorox.. Antara yang I prepare untuk breastfeeding anak I..









Feeding bottles
1 Botol saiz S (2 botol) avent newborn starter set
2 Puting Botol Susu (2 pieces) avent newborn starter set



I beli jenama Avents newborn starter set (warna honey)..memang dah lengkap dengan brush, puting dengan ade 2 botol susu 4oz dengan 2 botol susu 9oz..pastu I ade dapat free satu cikgu sekolah I kasi..die kate anak die tak guna lagi..pastu yang lagi satu botol kaca untuk panas ebm nanti..sebab botol kaca die memang tahan suhu yang tinggi dan tak merosakkan botol bila kite nak guna dengan warmer..rase sayang plak nak panaskan ebm guna botol storage yang plastik..



Ni la rupa botol kaca tu..jenama farlin..murah la banding dengan jenama lain..rasenye harge RM30 kot..


Sterilizer+Warmer
3 Bottle Sterilizer little bean combo set
4 Bottle Warmer little bean combo set
5 Berus Pembersih Botol dah ada 2 (avent+pureen)
6 Penyepit Botol little bean combo set



Yang ni, I dapat promotion..harga sebenar RM199..pastu I dapat dengan harga RM179.90..dalam tu ada sterilizer, warmer, penyepit botol ngn free little bean punya feeding botol..So, tambah lagi collection feeding bottle I. I rase sterilizer dengan warmer ni penting untuk bantu ibu yang bekerja macam I..so, tak perlu la I nak masak air..sedia periuk segala bagai untuk sterilize bottles...hanya 8 minit kita dah siap sterilizer botol-botol..




berus botol I saje beli extra..rak ni memang I nak guna untuk keringkan botol2 lepas basuh..




Set Breastpump+ Cooler Bag

11 Breast Pump beli medela harmony+spectra 3 double pumping
12 Cooler Bag (set medela city bag)


I ade buat review pasal set breastpump dan cooler bag medela yang I beli hari tu..boleh rujuk kat sini..Tapi I ade baca forum..untuk ibu yang bekerja kalo boleh beli lah pump elektrik kalo nak menyenangkan..jadi, bila pikir2 balik..I taknak buat kerja separuh jalan jadi I tambah set breastpump yang agak ok dan affordable...harga pun tak mahal sangat.. so, I pilih spectra 3 sebagai breastpump elektrik yang jadi pilihan I..breastpump medela ni, I akan guna waktu emergency bila takde sumber elektrik..atau ape2 case emergency..kalo spectra 3 kne hantar service, so ade lagi satu pump yang boleh cover..

I beli Rm388 untuk double pump..pastu I tambah dengan filter untuk elak backflow RM13..So, I rase berbaloi jugak beli yang ni sebab ramai mommy yang kat luar sana guna spectra 3..breastpump die standard hospital punya..dan kalo rosak ke ape boleh hantar pegi services..jangka hayat breastpump ni pon lama..cuma berat sikit.. I tengah berkira-kira ngan husband I nak beli Momlittleones punya bagpack untuk bawak pegi keje..yang tu tunggu lepas habes pantang kot..


Storage bottle + storage bag
13 Breast Milk Storage Bottle dah ada bumble bee+MLO (nak tambah lagi 2 set bumble bee)

Botol storage yang I beli..rasa perlu tambah lagi kot..sebab baru ada 21 botol untuk 5oz.. 10 botol untuk 2oz dengan I beli plastik liner 2 kotak..ingat masa dalam pantang nanti nak mintak husband pegi beli lagi storage bottles ni..


15 Nursing Bra baru ada 2helai
Nursing Cover done

Nursing bra ni perlu tambah lagi..baru ade 2..nanti beli online je kot..mudah dan senang..nursing poncho ni satu tu dah cukup kot..


Nursing Pillow
14 Nursing Pillow baby love
Nursing pillow ni kalo takde pon takpe sebenarnya..cuma nak memudahkan, I beli je..lagipon ade promotion..guna untuk support baby bila kita nak breastfeed baby kita..



Tambah Ilmu
17 Buku Panduan Menyusu


I galakkan ibu yang bekerja untuk beli buku ni..buku ni agak simple dan senang nak paham..lagi satu tak tebal mana pon.. I beli Rm8 lepas diskaun. Dalam buku ni die terang secara direct dan mudah nak paham..die terang dari awal cara nak simpan ebm, jenis pump yang ade, masa start buat perahan..


Ok, tu je nak kongsi..moga-moga niat kita dimakbulkan Allah..aminnnn