BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 6, 2012

set bersalin


Assalammualaikum...
Sekarang dah 35minggu..hari ni nak cerita pasal set bersalin yang I beli..awal-awal dulu, I tak tau nak pakai set bersalin yang mana satu..sebab memang takde pengalaman langsung pasal set bersalin ni..mula-mula, ingat nak beli keluaran lessa formula sebab dia agak lengkap la..tapi bila search dalam internet ramai yang suggest guna Nona Roguy..actually, mak I tak brapa nak galakkan makan jamu ni..sebab takot anak kuning atau kita sendiri yang susah nak pegi ke tandas..tapi, I rasa tak lengkap plak bersalin amal cara tradisional punya...so, bila I baca dari internet ramai yang guna NR masa berpantang..kalo ade kesan kat baby, boleh kurangkan pil yang nak ambik..produk ni bagus untuk pengeluaran susu badan..so, I pon beli la set NR punya..ramai yang kata paling bagus minyak herbanika dengan pil phytonatal(boleh cepatkan kita ke tandas,heee)..kalo dah habes boleh la continue dengan 2 benda ni..I pon cadang nak ambik vitamin gak masa pantang nanti..ni la benda yang I dah sedia untuk bersalin nanti..




1. Set bersalin Nona Roguy
2. Herbal Balm NR (sebagai pilis)
3. Virgin coconut oil
4.Mandian Herba Bersalin
5. Herba Rendaman Kaki





Dalam set bersalin NR ni..dia dah ade set lengkap untuk 44hari..antara yang include dalam kotak tu..

1) PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan

* Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan

* Melawaskan pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain
dan angin

* Mengimbangi kembali sistem badan.

* Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan


2) Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum

* Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang
degil dan juga mengawal bau badan.

* Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.

* Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan


3) Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan

* Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot

* Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi

* Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang
kendur.

* Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan
pecah-pecah berjalur.

* Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan


4) Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang

* Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang

* Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan,
parut dan jalur pecahan pada perut.

* Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.


5) Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita

* Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka
bekas jahitan.

* Sesuai untuk mandi sitz, hydroterapi dan compress.


6) Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit

* Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism,
arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau

* Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan

* Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik

* Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat saraf serta
urat timbul.

* Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam,
kulit kasar dan berjerawat

semua sumber di atas dapat daripada ehsan google

Dan yang last herbal balm NR (guna sebagai pilis)
*untuk balm ni, I guna sebagai pilis..sebab dia berangin..bau dia best je..bau herba..I jenis malas nak bancuh-bancuh pilis ni..so, boleh trus sapu je..

*bengkung I guna lessa formula sebab dah beli dari zaman anak dara lagi..heee

Pasni, nak cari vitamin plak..rasa-rasa macam nak try shaklee..sebab bagus untuk menyusu badan..



3 gucci I sayang:

~ NANA ~ said...

i baru nak pegi cari next week...i pon nk beli NR...hehe

MiSS NaDieYA said...

hehe..sama2 la kita =)

Hendra Wati said...

assalamualaikumm.
seronok baca blog nurhanadia..
mcm mn dgn bby sihat,,hendaknya
saya nak jmput ke blog saya wlpn x seberapa ,,baru jgk nak berjinakkn diri dlm ber blog..memang giler bca blog ..hihi
http://enrdenatureshop.blogspot.com/