BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 25, 2012

Aniq 2 bulan + Stok ebm

Assalammualaikum


Semalam bawak Aniq pegi inject 2 bulan..sekejap dah 2bulan anak mama. Sangat behave je anak mama ni. Time cucuk tu dia tido. Mengantuk sangat agaknya. Time inject tu tak nangis langsung pon. I ingat dia nak nangis dah sebab dia tido kan. Takot gak dia terkejut kena jarum time tido tu..Rupanya dia boleh rilex je.. Bunyi "ekk" macam marah pastu tido buat rilex je..huhuhu..Nurse cakap injection ni maybe akan demam. Depands on baby.. Harap-harap anak I kuat tak demam. I balik tuam tempat inject tu pastu I trus breastfeed anak I..Malam I kasi ubat yang klinik kasi tu.. So far, tengok dia macam ok je..Semalam timbang berat dia nurse kate graf cantik je..duduk dekat tengah-tengah.. berat Aniq dah 5.4kg ..Anak mama makin bam-bam.Hehe..Mama dukung lama-lama dah rasa mengah..



Hasil daripada minum susu mama dia.Alhamdulillah...Buat masa masih lagi fully breastfeed..Sapa kata breastfeed ni senang.. Susu ibu ni senang hadam. Anak pun kejap-kejap lapar..Kejap-kejap nak susu..Kadang-kadang stress juga sebab anak duk bergayut je ngan kita.Susu kadang-kadang banyak..Kadang-kadang sikit..Orang yang tak pernah menyusu anak dia, dia takkan faham dengan keadaan  kita yang fully breastfeed ni..Sebab tu kadang-kadang bila anak I menyusu guna botol, I jadi stress jugak bila orang senang je nak buang susu yang lebih tu.Taknak habiskan sebab kata anak I dah tolak. Anak I boleh je habiskan..Sebab bukan senang nak dapat susu tu. Hanya orang yang penah pump saja yang tahu..nak dapat 1oz pun bukannya senang. T_T.. I sekarang ni tengah gigih buat stok untuk anak I..

Di sini susu Aniq disimpan. Mula-mula takde niat nak beli deep freezer ni.. Disebabkan satu hari tu husband I ada kasi susu kat Aniq..Susu Aniq I simpan dalam peti ais  mak I yang bercampur ikan memandangkan I memang stay ngan mak I..Tiba-tiba husband I tercium bau "ikan" kat susu tu masa nak panaskan ebm.. I pon kesian tengok anak I macam pelik bila minum susu tu.Dia macam nak bagitau susu tu rasa pelik tapi dia telan jugak..Jadi masa dalam pantang jugak, I pegi beli deep freezer ni dengan husband I.

Stok Aniq masa 2bulan..  Ini bukan nak berbangga atau apa..Stok ini takdalah semeriah macam orang lain. I hanya nak berkongsi dengan uols yang support breastfeeding ni.. Stok buat masa sekarang..I simpan semua 3oz dalam satu storage bottles sebab senang mak I nak panaskan ebm nanti. Simpan dalam kuantiti anak I nak minum je..I start simpan stok dah tengah bulan Mei

Tingkat bawah tu stok hasil daripada mengepam pada bulan Mei.

18 botol x 3oz = 64oz


Tingkat atas stok mengepam bulan June


3botol x 3oz = 9oz
26 storage bag x 3oz = 78 oz
Bulan june 9oz + 78oz = 87oz


Total Mei+Jun = 151oz
I masih lagi berusaha nak kumpulan stok ebm. I ada lebey kurang sebulan lagi nak masuk keje. Harap-harap dapat kumpul banyak lagi. Sebab masuk keje dah bulan puasa. I takot susu anak I tak cukup.. Dalam deep freezer ni, dapat la tampung untuk anak I minum.Sekarang dia dah minum makin banyak. Doakan I dapat breastfeed anak I sampai 2tahun.. InsyaAllah..


Pam yang amat berjasa. Nanti I buat review pasal pump ni =)

6 gucci I sayang:

LoVEaQshA said...

Beza usia ank kta sehari jer..:-)
Wah meriahnya susu aniq,jelesnya..
Nie semangat nak usaha unyuk wat stok Adelia jgk.
Beli ktner erk deep frezer tue,sale hrba lam range bpe erk..
Nak bli satu jugakla tuk adelia sebab pasni pun my mom yang jg and weols dok ngn my mom smp adelia da bsr ckit ksian lak lau boh susu cmpur ngn brg2 lain..

izla said...

sy pon pakai spectra tu.
chaiyok2 mommy!!

akakeza said...

ha la nk tau jgk...bape hrga deep freezer tu?brand apa eh?tq..ezieza@gmail.com

Ideologi Hidayah said...

hi nadia, tahniah.. dah 2 bulan baby..

wahh...byk jugak stok ebm you.. gud job babe..


anyway, nme anak kita samaa!! yeayyy... :D

MiSS NaDieYA said...

LoVEaqhA & akakeza :saya beli deep freezer ni harga RM550..beli kat kedai elektrik biasa ja..slalunya kalo ada jual peti ais tu ada la deep freezer ni..jenama yang saya beli sakato..produk jepun punya..ada lagi satu jenis faber murah sikit boleh dpt dalam rm490..tapi yang tu produk china..kalo nak elok lagi beli yang branded sikit jenama daewoo, produk jepun gak..range harga dalam rm600++..pegi kedai barangan elektrik mesti ada punya..

izla:sama2 la kita ye..spectra memang berbaloi =)

ideologi Hidayah: kita suka nama yang sama..aniq maksudnya yang kacak lagi menawan hati =)

n0rraslida alias said...

wah....susu die....bertuah aniQ.... bgus nad! teruskn usaha!! bye..bye aniQ debab...