BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, November 18, 2011

I suka, Uols suka??

Bismillahhirrahmanirrahhim..
Assalammualaikum
Weh, lama gila tak tulis blog ni.kadang-kadang ada jugak ni niat kat hati nak berblog balik..tapi, malas gila nak menaip..terpaksa memaksa diri tau.kadang-kadang semangat gila nak tulis blog..kadang-kadang nak bukak blog pon malas. Kadang-kadang I bukak jugak sebab tengok je entry-entry yang bloggers lain update. Tapi sekarang ni I rasa macam nak aktif balik berblog. I rindu tau kat korang.. kasi flying kiss sket.. mmuaahhh..

I sekarang ni suka bangat tengok crita korea uols. Sampai laki I skali I tarik die tengok crita korea..haha..baru dia tau crita korea ni best..paling I suka sebab hero-hero crita korea ni hensem-hensem..sampai kadang-kadang laki I pon marah sebab tengok crita korea sebab ada lelaki hensem..huhu..tapi, I memang minat jalan crita dia sebenarnya. Crita dia tak melalut n sangat klakar. Kalo tengok ni sure korang tak berganjak mane dah..ntah2, mandi pon taknak..hahaha (I tak macam tu ok..heeeee)

Antara drama yang buat I melekat kat laptop:


Princess Hours

Drama ni citer pasal die kena kawen dengan putera raja. Dierang ni kawen dalam usia yang muda tau. Tapi, putera raja tu dah ada girlfren dah. Pastu, heroin ni terpaksa duduk dalam istana dan belajar cara-cara nak menjadi seorang puteri. Yang lebih uols tengok sendri.



Boys Over Flower

Drama korea ni buat I tidur lambat tengah-tengah malam, esoknya mata I jadi panda bila nak pegi sekolah. Bila korang tengok drama ni, korang akan melekat tak pegi mana-mana dah.hahahaha.. sampai mak I pon ada sindrom yang sama dengan I bila tengok drama korea ni..haha.. Hero korea yang I suka di abad ini.. I love U LEE MIN HO!!

Personal Taste

Personal taste ni awal-awal crita dia biase-biase je..tapi bila dah tengah2 sket baru ok.. I kan minat lee min ho..mesti I tengok crite ni (^_^)V


Full House
Sewaktu I zaman universiti, crita ni banyak jadi perbualan mulut orang. Lagu 3 bears yang jadi kegemaran orang ramai sampai ada yang buat ringtone..haha..crita ni memang I recommend sangat2 sebab ada heroin yang comel sangat dalam crita ni. Tak rugi tengok crita ni sebab jalan crita dia sangat best. Boleh tengok kat youtube sebab ada full episode


My Girl
Crite my girl ni I rasa crita yang paling kelakar yang penah I tengok..Tak caye tanya husband I..huhu..dia pon melekat je bila tengok crita ni sebab heroin dia perangai gila-gila yang buat orang ketawa tak henti-henti..


My princess

Sekarang I tengah layan crita ni kat tv8. Crite pasal puteri raja yang hilang waktu dulu. I rase crite ni best jugak. Taktau lagi ending die macam mane.


Bila tengok crita kat atas ni, rase macam nak pegi melancong dekat korea je. Tempat-tempat yang dierang shooting nampak macam cantik2 =)

Monday, August 15, 2011

Pompuan memang macam ni ke??

Assalammualaikum semua..
Tinggal lagi 2 minggu saje kita nak raya..tapi tahun ni dah kurang dengar bunyi mercun banding tahun sudah.huhu..maybe sebab orang dah sedar kot mercun tu bahaya..tapi saye suka tengok orang main bunga api.seronoknye..rase macam nak beli bunga api saje tahun ni..main dengan anak buah husband i.best jugak..korang dah banyak buat preparation.saye preparation untuk raye tahun ni takde la beria sangat.cuma tahun ni berlain la dengan tahun lepas sebab saye dah jadi isteri orang.tahun ni plak kena turn raya sebelah umah husband.saye tak taktau la macam mane rase beraya tahun ni tanpa family.tapi saye rase sama je kot raye mana-mana pon..tetap ada ketupat ngan rendang tu. Ade yang tukar sofa baru ke?perabot baru?rumah baru? dan suami dan isteri baru??(yang ni jangan bia la setia pada satu tau)..pingan baru ade ke yang tukar??kat sini saye nak cerita sket pasal pingan.

Orang pompuan ni betul la macam orang slalu cakap..ade 1 akal, 9 nafsu..nafsu pompuan ni bercabang-cabang...tambah-tambah nafsu pompuan bila tengok barang-barang..itu nak beli, ini nak beli, semua nak beli..tengok itu cantik, ini cantik, semua cantik.. (--").Problem ni memang saye alami sendiri..kadang-kadang rambang mate nak pilih barang..rase semuanya nak..sekarang saye kat sekolah tengah main kutu untuk vantage ngan corelle..walaupon hanyalah pingan tapi orang pompuan ni tak kesah beli walaupon harga beratus-ratus T_T..ye itulah pompuan sebenarnye..setuje x??



cantik kan set vantage yang ni??



Saturday, August 6, 2011

Berfesyen di hari raya seperti Siti Nurhaliza

Assalammualaikum...
Sekarang dah genap 6 hari kita berpuasa...awal-awal puasa ni mesti ada jugak yang buat preparation nak raya kan?belum la kot nak buat ketupat, kuih raya berbagai...tapi kuih raya dah tempah la bulan lepas..haha..bukan ape, senang nanti nak dekat raya dah settle bab kuih raya..ade yang buat sendri??bagus-bagus.i nak buat jugak.tapi dekat-dekat nak raya kot..nanti kang dekat raya kuih dah lemau lak..dah ade yang tempah baju raye? i tahun ni bersederhana je kot.2 pasang baju dah cukup..tapi teringin jugak nak try fesyen baju raya yang baru..tak salah pon kalo sekali sekala nak bergaye.janji konfident..ada berani???..

Meh i nak buat review sket pasal fesyen baju kurung siti nurhaliza.maybe bleh kasi idea sket kat korang nak tempah baju raya tahun ni =).. ini semua adalah hasil i GOOGLE..credit kat in En.Google



baju ni cantik..design sekarang dah banyak jenis baju kaftan macam ni..i pon suka tapi serius memang cantik..baju macam ni memang semuanye jenis kain plain je..jenis kain die adalah chiffon..dah banyak kat pasaran sekarang..range harge boleh dapat dalam rm150++..tapi baju siti ni maybe mahal kot.. i taktau la harga berapa..itu kene tanye rizman ruzaini.hihi





waa, nak nangis tengok..cantiknye..merah itu mengancam bukan??





i suke kain die..ropol-ropol gitu..jenis kain macam skirt..kaler die macam kuning+baby blue..nampak soft je





Sama macam yang atas..tapi versi warna pink..plus beading die penuh





Baju ni nampak macam dress...kain die jenis lace lapik dengan kain satin..glammer mase raye u kalo pakai baju ni..letak plak kat pinggang reben nampak siti slim sangat..i kasi 5 bintang untuk baju ni!!





Baju ni i rase kain die jenis skirt jugak..baju die jenis fit ikut bentuk badan..but, i loike the color!!..nampak exclusive





Baju kurung moden.warna die marbelesss..siti ni i rasa die memg suke buat kain baju kurung die macam skirt sket macam beralun..tapi serius cantik..i nak gak..






satu lagi jenis kurung moden dari siti






ni macam kurung kedah..sebab baju die jenis pendek..tone kaler die cantik






Baju yang ni unik sket..dekat lengan sket kembang. boleh la tiru tahun ni..






Kan i kate Siti suka kain die ropol-ropol sket..







Baju ni jenis dress..lengan jenis kembang..warna die nampak menyerlah






yang ni lawa sangat..boleh bawak pegi dinner ni




Haha..tak tahan tengok baju die cantik-cantik kan?..Ok, itu je..korang boleh la mintak tailer korang buat k?..akhirkata, slamat berpuasa =)


Friday, July 1, 2011

Tips kecantikkan: Spa dirumah sendiri

Assalammualaikum...

Dengar saja pasal cantik semua orang pompuan suka..sapa yang tak suka cantik joyah?cuba bagitau kat mak ni??ahaks..pompuan sememang sangatlah suka benda-benda yang untuk cantikkan diri ni..Tipulah kalo pompuan tu kata "oh, i tak kesah jerawat batu kat muka i ni" ataupon macam ni " biar la i muka i berminyak, paling tidak pon boleh guna untuk goreng ikan nanti"..adakah macam tu orang pompuan??sememangnya tidak sekali!!!..siapa yang taknak cantik??semua orang pompuan nak cantik even orang-orang yang kategorinya biasa-biasa sahaja..i pon biasa-biasa sahaja..tapi i suka pada benda-benda yang cantik.. oleh itu, hari ni i nak berkongsi dengan uols macam mana nak berspa dirumah dengan harga yang murah!!!


1. Gunakan Scrub
Kalo macam i, i suka bilas dulu dengan air panas...barulah kita scrub badan kita..Ia berfungsi sebagai penanggal daki dan kotoran yang melekat kat badan uols tu dan kasi badan kita berbau harum..suami pon sayang =)...tak kesah la jenama apa yang uols guna asalkan uols suka..pilihan i adalah..

SARIAYU ekstrak bunga tanjung

Sememangnya amat wangi sekali..memang best...i sukakan bau bunga-bunga..ikut uols la kalo nak guna Bodyshop, puteri binari, mustika ratu atau sebagainya..pastikan badan uols kering sebelum menggunakan scrub ni..barulah kesannya lebih baik..lepas itu, bilas sahaja dengan air bersih...


2. Mandi Bunga
Untuk langkah kedua ni, sebelum kahwin dulu I rajin mandi bunga seminggu sekali..sekarang ini yang dah berkahwin pon marilah kita amalkan sebab bagus untuk kesihatan diri..sebab bunga ni ada elemen warna dia tersendiri..pilih la bunga yang berwarna-warni dan berbau harum..kalo uols nak tau, bunga bleh didapati di kedai bunga dengan harga yang murah..alah, cakap je kat orang kedai bunga tu kata uols nak beli bunga hancur..so, ikot uols nak beli berapa banyak pon..kalo macam i, slalu i beli RM3.00..boleh la nak mandi dalam 2x guna..itu pon dah sudah memadai..bunga hancur tu simpan dalam peti ais tau untuk kekal kesegaran die..bila nak guna barulah ambik dalam peti ais tadi..Antara bunga yang uols bleh pilih

1.bunga kekwa pelbagai warna- hijau, kuning, purple, pink dan sebagainya
2.bunga carnation pelbagai warna
3.bunga rose
4.bunga orkid
5.bunga kerak nasi
6.bunga cempaka
7. Apa-apa bunga yang uols suka..kalo taktau pasal bunga, google sahaja


masukkan dalam baldi bunga tadi dan letakkan air..uols bleh mandi selepas uols scrub badan..gosokkan bunga pada badan uols untuk kasi bau bunga melekat dekat badan..selepas mandi jangan lap badan..rambut takpe..haha..biarkan kering sendiri..biar harum bunga tu kekal dekat uols..



3. Gunakan Losyen
Selepas itu, uols bolehlah guna losyen untuk melembutkan lagi kulit uols..losyen pilihan i

sumber: encik google

ia meresap trus ke dalam kulit dan tak melekit..dan anda juga tidak perlu memakai perfume selepas itu ...ok, selamat mencuba..bolehlah lakukan seminggu sekali..suami anda pon semakin hari semakin sayang =)





Friday, June 10, 2011

Outdoor Photoshoot

Assalammualaikum
Harap maaf...
Blog lama sudah dibiarkan tak ber "update"
I pon taktau apsal la malas sangat nak update sekarang ni... =(
Ni gambar masa outdoor hari tu..
Yang indoor becoming la ye..
Layan outdoor dulu






















hari mau hujan..nak balik sudah..

last, my pengapits

Sunday, March 27, 2011

Entry khas selepas bertukar status

Assalammualaikum..

Saya mintak maaf banyak-banyak sebab tak sempat nak update entry apa-apa pon selepas kahwin ni sebab banyak sangat hal kena selesai.. T_T ini pun saya curi-curi masa tulis entry ni..sementara buat keja sekolah..sangatlah bz kebelakangan ni..oklah, yang sebenarnya nak post gambar saya masa akad nikah hari tu..so, layan jela ya...akad nikah ni buat dimasjid sebab yela sekarang susahkan tok kadi nak datang rumah..dia pon banyak hal lagi nak kena selesai dari nak layan kita saja ok..so, senangkan dua-dua pihak akad nikah di masjid saja..






agak ramai yang datang tengok masa akad nikah lebih kurang 50 orang..tapi masa ni saya sorang sahaja yang akad nikah..penuh masjid dengan sedara sebelah saya ngan sebelah encik husband saja..

masa ni tanya kebenaran nak akad nikah dengan wakilkan wali..sedih time ni ='(





Alhamdulillah dengan sekali lafaz saua sah jadi isteri kepada Mohd Radzi Bin Khairudin



lafaz taklik



perjanjian dua pihak




ok, sesi bergambar kat rumah pulak

gambar muka tak jelas..nk tunjuk pelamin yang sebenarnye..keh2


hantaran saya kasi untuk sebelah lelaki..nanti saya tunjuk yang lebih jelas..



we already a family =)











ok, itu aja..papai!

p/s:sila klik gambar untuk tumbesaran yang lebih sehat